Monday, October 26, 2009

Bulan FRUIT FLAN CAKES.....October 2009



Meriah betul Oktober nie..Fruit Flan Cakes hangat di Oven Hanum. Fruit Flan pertama yang dihasilkan mendapat sambutan menggalakkan!! Sekali hidang zassss...habis!!! Komen yang diterima juga amat menyenangkan hati :). Thanks atas komen2 anda semua.



Fruit Flan yang kedua yang dibuat khas untuk birthday suami tercinta. Atas permintaan hubby, hanya buah kiwi dihiaskan di atas kek.



Fruit Flan yang seterusnya untuk dibawa hubby ke office, saja untuk makan-makan sebagai pengalas perut selepas buat 5S kat office.



Last weekend pula buat Fruit Flan sebagai buah tangan ke rumah kawan se-office hubby, Puan Azlina di Seksyen 7, Shah Alam. Puan Azlina dengan hubbynya memang sporting betul sebab anak mereka ingatkan tu kek birthday dia, so si daddynya pun ambil camera ambil gambar, sweet sangat.


Hari ni yang terbaru, buat Fruit Flan untuk adik kesayangan saya yang sempat rasa kek-kek yang lepas.


Untuk pengunjung blog Hanums Oven Mark, Fruit Flan dibuka untuk tempahan, boleh minta mengikut citarasa anda.

No comments:

Post a Comment