Friday, September 25, 2009

Fancy Stick Cookies - Pn. Sha, Petaling Jaya - Teluk Panglima Garang.




Hanum's Oven Mark mengembangkan variasi produk dengan Fancy Stick Cookies. (sebelum ni dah terima byk order tp tak dapat nak bagi komitment sebab nak buat cookies ni kena spend banyak masa, memerlukan penelitian dan perincian).

Tempahan Fancy Stick Cookies diterima daripada Pn. Sha dari PJ untuk keluarga di Teluk Panglima Garang. Tema Fancy Stick Cookies yang dipilih oleh Pn. Sha ialah Hari Raya iaitu cookies dengan design ketupat, bulan, bintang, unta, bunga2an, masjid dan cendawan.

Terima kasih Pn. Sha. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Biskut & Kerepek Raya 2009 - Terima kasih semua










Alhamdulillah, tempahan pada Ramadhan 2009 amat memberangsangkan. Terima kasih atas tempahan semua, semoga semuanya bergembira di Aidilfitri dengan biskut2 dan kerepek2 dari Hanum's Oven Mark.

Kelas Cheesecakes






Alhamdulillah, di dalam bulan Ramadhan yang mulia lalu, Hanum'sOven Mark telah berpeluang menurunkan ilmu cheese cakes kepada 3 orang student, semuanya bagitau yang sebenarnya anak2 mereka yang suka cheese cake. Demi sayang kat anak, mak2nyer yang kena belajar cheese cake.

3 jenis cheese cakes yang diajar pada hari tersebut ialah New York Cheese Cake, Chilled Oreo Cheese Cake & Japanese Cotton Cheese Cake.

Thanks dan semoga berjaya.

New Camry showroom event - Segambut






Thanks to En. Nik untuk repeat order.Memandangkan order di dalam bulan Ramadhan, En.Nik telah memilih makanan yang tak kuat aroma (untuk menguatkan iman di bulan Ramadhan)sebagai juadah untuk pengunjung aka prospect customer ke showroom UMWT cawangan Segambut.
Thanks sekali lagi untuk En. Nik yang telah order kuih karipap, muffin dan fruit tart. Semoga order dan target jualan dicapai.

Friday, September 11, 2009

Fruit Tart & Mix Muffin ke Subang Jaya



Tempahan daripada Ms. Sharida untuk Toyota Subang Jaya showroom event sempena Camry promotion. 100 pcs fruit tart dan 100 pcs mix muffin vanilla, chocolate dan bluberry untuk event hari Jumaat dan Ahad.

Cupcakes untuk Camry Promotion




Tempahan daripada pelanggan setia Hanum's Oven Mark, Ms Azreen dari UMWT SS19 untuk showroom event sempena Camry promotion.
Ms. Azreen minta plain cupcakes dengan simple deco, asalkan ada tulisan Camry. Suamiku cadangkan printkan tulisan Camry dan cucuk atas cupcakes dan dia dengan ringan tulang bantu print, potong dan cucukkan tulisan Camry tu atas cupcakes. Thanks to Ms Azreen and thanks to my hubby yang sudi membantu.

Orange, Pink & Purple Cupcakes untuk Birthday Leena




Tempahan daripada En.Amrul untuk Ms. Leena yang menyambut birthday ke 25. Order 40pcs cupcakes dengan flower theme color orange,pink and purple. Lucunya, masa masukkan cupcakes tu dalam box, anakku Harraz Hadiff telah sempat kidnap 3 pcs cupcakes, bila ditanya kenapa ambil cupcakes mummy, jawapnya sebab cantik, he he, bestnya anak sendiri puji.

Jadinya, sms Amrul untuk inform hantar ke office beliau cuma 37 pcs cupcakes. Thanks En. Amrul dan thanks untuk Ms. Azreen yang sudi recommend cupcakes Hanum's Oven Mark pada En.Amrul.

Cupcakes ke Putrajaya, Jabatan Perangkaan, Parcel C.




Tempahan daripada Ms.Azizah, Bangi, kawan se UTM untuk ibu mertua tersayang yang menyambut birthday ke 50. Azizah minta hantar ke office ibu mertuanya di Jabatan Perangkaan,Parcel C, Putrajaya sebagai surprise. Memang surprise betul sebab masa Pn. Rohimah ambil cupcakes tu, riak muka memang terkejut sampai tak berkata2, hanya senyuman manis mengiringi cupcakes tu.

Happy birthday Puan Rohimah, semoga panjang umur dan murah rezeki. (muda lagi mak mertua Azizah, baya2 kak Yati je).

Flower theme cupcakes




Tempahan daripada Mrs Kama, on behalf colleagues dari Bangi. 12 pcs cupcakes bunga pink and bright red untuk anak tersayang, Safwa yang menyambut birthday ke 12. Thanks Mrs Kama.

Elmo Cupcakes untuk Ms. Emmi




Lama betul tak update blog, since Aug 10 tu. Anyway, thanks to all beloved customers yang tak putus beri support and orders.

Tempahan kali ni dari Mrs Kama, Seksyen 7 Shah Alam.Elmo cupcakes untuk adik tersayang, Emmi. Mrs Kama minta hantar kat office Emmi untuk surprise, tp masa hantar tu macam tak surprise je sebab riak muka Emmi macam dah tahu je ;P . Apapun, Happy Birthday Emmi, semoga panjang umur dan murah rezeki. Untuk Mrs Kama, thanks for order and support.