Tuesday, June 30, 2009

Special Promotional Cupcake (En. Kamaruzaman-Shah Alam)




Cupcake berperisa pandan dan strawberry adalah pilihan yang terbaik untuk TEMA BEN-10 & MERMAID...Cupcake ini adalah bersempena sambutan hari jadi anak En. Kamarazuman yang bertempat di Seksyen 7,Shah Alam.

Wednesday, June 24, 2009

Birthday Cupcakes untuk Suami Tersayang (Puan Raihani, Shah Alam)


Raihani ni adalah repeat customer Hanum's Oven Mark. Sebagai tanda penghargaan kepada beliau, kami telah membuat 'value added' pada tempahan beliau.

Atas permintaan Raihani, cupcakes telah dihantar kepada suaminya yang tersayang secara surprise di pejabat suami beliau UiTM. Surprise yang menjadi...

Tempahan sebanyak 50 biji chocolate cupcakes dengan menggunakan butter cream dan peanut butter frosting. Tema bunga-bungaan digunakan sebagai tanda cinta, kasih sayang tak belah bagi dari Raihani untuk suaminya, En. Azhar. -Terima Kasih Raihani-

Sunday, June 21, 2009

Cupcake untuk Father's Day



Sibuk je Harraz Hadiff ni posing kat cupcake tu. Future entrepreneur tu...


Tempahan last minute cupcake special request gantikan FATHER'S dengan DADDY'S, tu la sebabnya cupcake tu Happy Daddy's Day. Deliver petang tadi ke rumah beliau di Taman Pinggiran USJ. Plan mulanya nak surprisekan suaminya, tapi masa delivered tadi suaminya pulak yang ambil, tak jadi la surprise namanya tu.... Apa pun, terima kasih di atas tempahan.

Friday, June 19, 2009

Blue berry muffin untuk makan-makan daripada Akmal-Bayu Perdana, Klang.


Tempahan untuk makan-makan daripada Adik Akmal, melalui ibunya. Adik ni peminat muffin, apa saja jenis muffin-coklat, chocolate chips dan sebagainya, semua dia suka. Terima kasih yea dik.

Tempahan blue berry cheese cake untuk Father's Day (Pn. Azlina-Sirim)




Terima kasih kepada Pn. Azlina Dzulkifli. Beliau adalah regular customer untuk cheese cake. Untuk Father's Day ini, beliau telah membuat tempahan blue berry cheese cake khas buat suami tersayang (biasanya hanya order plain cheese cake). Thanks Kak Azlina for your support.

Testimoni dari Kak Azlina:
canteeekkk..
berjimat cermat kitorg makan...
anak i pun dah pesan, birthday dia nanti..nak oder kek ada muka DIBO...
suh wife u train buat kek pesen dibo pulak..by bln 12 i oder skali
lg...

Monday, June 15, 2009

Tempahan cupcake daripada UMW Toyota Motor Sdn Bhd, cawangan SS19, Petaling Jaya




Tempahan daripada Raihani (Ibu Awra) UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Cawangan SS19, Petaling Jaya, Selangor untuk showroom event last Saturday. 500pcs mix plain cupcakes (vanila, pandan, strawberi dan coklat). Thanks Rai for your support.

Friday, June 12, 2009

Muffin


Pelbagai jenis muffin ditawarkan kepada anda. Hanya dengan call/e-mail, anda akan dapat menikmati muffin kegemaran anda. Hubungi kami untuk keterangan lanjut!

Tuesday, June 2, 2009

Thanks for feedback

Terima kasih buat En. Shuhaimi atas feedback. Dengan sukacitanya di umumkan harga untuk kek birthday (buttercream).

Kek 1 kg: RM 40.00
Kek 2 kg: RM 65.00

*Special value for order - FREE 6 pcs vanilla cupcakes with butter cream frosting!