Wednesday, December 16, 2009

Surprise Cupcakes Birthday untuk En. Taufik, Sendi Mahir




Terima kasih untuk Ms. Ety atas tempahan cupcakes. Atas permintaan Ms. Ety, beliau minta deco cupcakes yang nampak maskulin. Puas juga fikir macam mana yang nampak maskulin. Akhirnya, deko cupcakes ni dimainkan dengan warna biru dan orange.

Penghantaran surprise dibuat terus ke Sendi Mahir, tempat kerja En. Taufik. Kelakar juga masa mencari Sendi Mahir ni, sebab alamatnya Jln Kapar, so saya ingatkan kat Kapar,Klang. Rupa-rupanya kat Seksyen 27, Shah Alam. Nasib baik sempat hantar on-time seperti yang diminta Ms. Ety.

Untuk En. Taufik, Happy Birthday dari kami di Hanums Oven Mark. Untuk Ms. Ety, terima kasih atas tempahan cupcakes.

Jamuan sekolah anak En. Kamaruzzaman



Tempahan 50 pcs cupcakes Elmo perisa coklat daripada En. Kama khas untuk anak kesayangan beliau.

Penghantaran istimewa terus ke sekolah anaknya di Seksyen 7, Shah Alam.

Terima kasih En. Kama atas tempahan cupcakes.

Wednesday, November 18, 2009

Blueberry Cheese Cake untuk birthday Nurul.



Tempahan diterima daripada geng-geng freshie di Bahagian Pengujian Sivil dan Binaan (Civil and Construction) Sirim QAS, Shah Alam untuk surprise birthday Cik Nurul. Mereka memilih blue berry cheese cake untuk birthday makan-makan.

Happy Birthday dan semoga panjang umur.

Cupcake untuk orang jauh di Selayang.



Tempahan diterima daripada adik sahabat baik, Raihani yang intro kan Hanums Oven Mark kepada adiknya Rafizah, manja je suaranya, tentu orangnya comel.

Rafizah order untuk cik abang tersayang yang menyambut birthday ke 26 tahun ni.

Thanks and happy birthday daripada kami di Hanums Oven Mark.

Carrot Walnut Cheese Cake untuk birthday Cik Anit



Tempahan diterima daripada sahabat baik, Cik Norhidayah Md Zainudin untuk ibu saudara tersayang, Puan Rohaneyza a.k.a Cik Anit (panggilan manja agaknya)...:)

Hidayah minta hantar ke office Cik ANit, UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Seksyen 15 Shah Alam....wahhhhh, tight nya procedure Toyota, tak jadi surprise sebab Cik Anit sendiri yang kena terima bungkusan kek tu (plan asal nak tinggal kat receptionist then Cik Anit turun ambil...tak jadi la pulak).

Apa pun, Happy Hatch Day Cik Anit seperti yang diminta oleh Hidayah untuk ditulis atas kek ..

Happy Birthday Cik Anit, semoga panjang umur dan murah rezeki.

Cupcake door gift for kids



Cupcakes ini Azreen order untuk majlis pernikahan kakaknya. 100 pcs cupcakes dengan gold theme dan simple design menjadi pilihan mereka dan di pek dalam dome case.

Thanks Azreen yang menjadi pelanggan setia Hanums Oven Mark.

Untuk kakak Azreen, kami dari Hanums Oven Mark mengucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga kekal ke akhir hayat.

Tuesday, October 27, 2009

Kenduri Cukur Jambul -baby shower cupcake




Tempahan diterima dari Nurul, UMW Toyota HQ, Shah Alam. Menurut Nurul, dia dapat no hp Yati dari kawannya, Amrul (dulu Amrul ada tempah birthday cupcake). Thanks ya Amrul.

Baby shower cupcakes ni Nurul tempah untuk dibawa balik ke kampung. Thanks ya Nurul.

Monday, October 26, 2009

Bulan FRUIT FLAN CAKES.....October 2009



Meriah betul Oktober nie..Fruit Flan Cakes hangat di Oven Hanum. Fruit Flan pertama yang dihasilkan mendapat sambutan menggalakkan!! Sekali hidang zassss...habis!!! Komen yang diterima juga amat menyenangkan hati :). Thanks atas komen2 anda semua.



Fruit Flan yang kedua yang dibuat khas untuk birthday suami tercinta. Atas permintaan hubby, hanya buah kiwi dihiaskan di atas kek.



Fruit Flan yang seterusnya untuk dibawa hubby ke office, saja untuk makan-makan sebagai pengalas perut selepas buat 5S kat office.



Last weekend pula buat Fruit Flan sebagai buah tangan ke rumah kawan se-office hubby, Puan Azlina di Seksyen 7, Shah Alam. Puan Azlina dengan hubbynya memang sporting betul sebab anak mereka ingatkan tu kek birthday dia, so si daddynya pun ambil camera ambil gambar, sweet sangat.


Hari ni yang terbaru, buat Fruit Flan untuk adik kesayangan saya yang sempat rasa kek-kek yang lepas.


Untuk pengunjung blog Hanums Oven Mark, Fruit Flan dibuka untuk tempahan, boleh minta mengikut citarasa anda.

Friday, September 25, 2009

Fancy Stick Cookies - Pn. Sha, Petaling Jaya - Teluk Panglima Garang.




Hanum's Oven Mark mengembangkan variasi produk dengan Fancy Stick Cookies. (sebelum ni dah terima byk order tp tak dapat nak bagi komitment sebab nak buat cookies ni kena spend banyak masa, memerlukan penelitian dan perincian).

Tempahan Fancy Stick Cookies diterima daripada Pn. Sha dari PJ untuk keluarga di Teluk Panglima Garang. Tema Fancy Stick Cookies yang dipilih oleh Pn. Sha ialah Hari Raya iaitu cookies dengan design ketupat, bulan, bintang, unta, bunga2an, masjid dan cendawan.

Terima kasih Pn. Sha. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Biskut & Kerepek Raya 2009 - Terima kasih semua










Alhamdulillah, tempahan pada Ramadhan 2009 amat memberangsangkan. Terima kasih atas tempahan semua, semoga semuanya bergembira di Aidilfitri dengan biskut2 dan kerepek2 dari Hanum's Oven Mark.

Kelas Cheesecakes






Alhamdulillah, di dalam bulan Ramadhan yang mulia lalu, Hanum'sOven Mark telah berpeluang menurunkan ilmu cheese cakes kepada 3 orang student, semuanya bagitau yang sebenarnya anak2 mereka yang suka cheese cake. Demi sayang kat anak, mak2nyer yang kena belajar cheese cake.

3 jenis cheese cakes yang diajar pada hari tersebut ialah New York Cheese Cake, Chilled Oreo Cheese Cake & Japanese Cotton Cheese Cake.

Thanks dan semoga berjaya.

New Camry showroom event - Segambut






Thanks to En. Nik untuk repeat order.Memandangkan order di dalam bulan Ramadhan, En.Nik telah memilih makanan yang tak kuat aroma (untuk menguatkan iman di bulan Ramadhan)sebagai juadah untuk pengunjung aka prospect customer ke showroom UMWT cawangan Segambut.
Thanks sekali lagi untuk En. Nik yang telah order kuih karipap, muffin dan fruit tart. Semoga order dan target jualan dicapai.

Friday, September 11, 2009

Fruit Tart & Mix Muffin ke Subang Jaya



Tempahan daripada Ms. Sharida untuk Toyota Subang Jaya showroom event sempena Camry promotion. 100 pcs fruit tart dan 100 pcs mix muffin vanilla, chocolate dan bluberry untuk event hari Jumaat dan Ahad.

Cupcakes untuk Camry Promotion




Tempahan daripada pelanggan setia Hanum's Oven Mark, Ms Azreen dari UMWT SS19 untuk showroom event sempena Camry promotion.
Ms. Azreen minta plain cupcakes dengan simple deco, asalkan ada tulisan Camry. Suamiku cadangkan printkan tulisan Camry dan cucuk atas cupcakes dan dia dengan ringan tulang bantu print, potong dan cucukkan tulisan Camry tu atas cupcakes. Thanks to Ms Azreen and thanks to my hubby yang sudi membantu.

Orange, Pink & Purple Cupcakes untuk Birthday Leena




Tempahan daripada En.Amrul untuk Ms. Leena yang menyambut birthday ke 25. Order 40pcs cupcakes dengan flower theme color orange,pink and purple. Lucunya, masa masukkan cupcakes tu dalam box, anakku Harraz Hadiff telah sempat kidnap 3 pcs cupcakes, bila ditanya kenapa ambil cupcakes mummy, jawapnya sebab cantik, he he, bestnya anak sendiri puji.

Jadinya, sms Amrul untuk inform hantar ke office beliau cuma 37 pcs cupcakes. Thanks En. Amrul dan thanks untuk Ms. Azreen yang sudi recommend cupcakes Hanum's Oven Mark pada En.Amrul.

Cupcakes ke Putrajaya, Jabatan Perangkaan, Parcel C.




Tempahan daripada Ms.Azizah, Bangi, kawan se UTM untuk ibu mertua tersayang yang menyambut birthday ke 50. Azizah minta hantar ke office ibu mertuanya di Jabatan Perangkaan,Parcel C, Putrajaya sebagai surprise. Memang surprise betul sebab masa Pn. Rohimah ambil cupcakes tu, riak muka memang terkejut sampai tak berkata2, hanya senyuman manis mengiringi cupcakes tu.

Happy birthday Puan Rohimah, semoga panjang umur dan murah rezeki. (muda lagi mak mertua Azizah, baya2 kak Yati je).